4/5/54

Berebut mahu salam Imam Besar Masjidil Haram

undefined
KUALA LUMPUR - Kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan berpusu-pusu cuba bersalaman dengan Imam Besar Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi, Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais (tengah) selepas solat Jumaat, kelmarin.
Sheikh Abdul Rahman sedang dalam rangka lawatan tujuh hari ke Malaysia.
Antara acara lawatannya termasuklah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau juga dijadualkan menghadiri majlis perasmian seminar 'Berpegang Kepada Al-Quran dan As-Sunnah' di Kuala Lumpur hari ini, sebelum berangkat pulang ke Arab Saudi.
Kelmarin, semasa menyampaikan khutbahnya di Masjid Wilayah Persekutuan, Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam supaya berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.
'Anda semua harus berpegang kepada hadis Rasulullah saw mengenai pentingnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
'Jika tidak, inilah (perpecahan) yang akan terjadi kepada umat (Islam) kita,' kata beliau dalam khutbahnya itu.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น