9/3/54

kebebasan

    http://cdn.gotoknow.org/assets/media/files/000/130/748/original_%25E0%25B8%25A1%25E0%25B8%25B1%25E0%25B8%25AA%25E0%25B8%25A2%25E0%25B8%25B4%25E0%25B8%2594%25E0%25B8%2581%25E0%25B8%25A3%25E0%25B8%25B7%25E0%25B8%25AD%25E0%25B9%2580%25E0%25B8%258B%25E0%25B8%25B0.jpg

  •  Bebas
Aku ingin bebas
Sebagai burung terbang di angkasa

Aku ingin merdeka
Aku ingin bersuara
Seperti insan-insan yang lain
Kerana itu adalah hak

Bebas bernada dan berirama
Membongkar aneka rahsia
Memperdengarkan bisikan jiwa
Senyum menguntung berbunga bahagia
Jeritan batin
Rintihan sukma
Cengkaman kuku beracun bisa duka nestapa

Biar aku bebas
Jangan di penjara

Namun suaraku
Tak sehalus sutera di sentuh
Tak seindah senyuman pusapa di taman-taman
Biar tak semerdu buluh perindu
Walau tak selantang guruh di langit
Di hari hujan menggila-gila

Biar aku bebas
Jangan di penjara lagi

Aku ingin menyanyi
Aku ingin bernada
Bersama irama suka
Bersama irama suka

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น